Gambaran Itik Serati Hutan

Di taman burung air Sylvan Heights, Carolina Utara

Ia merupakan antara spesies itik terbesar. Panjang sekitar 66–81 cm (26–32 in) dan bentang sayap adalah 116–153 cm (46–60 in).[2] Males weigh 2.95–3.9 kg (6.5–8.6 lb), sementara itik betina seberat 1.95–3.05 kg (4.3–6.7 lb).[3] Ciri-ciri paling menonjol pada burung dewasa adalah badan gelap bertentangan dengan kepala dan leher putih. Itik jantan kebanyakannya memiliki paruh kuning kelabu, tompokkan ("mottled") kehitaman pada kepala dan bahagian leher atas, kovert rendah dan pertengahan putih dan sisi dalam dan pelepah kedua biru kelabuan. Semasa penerbangan, korvet sayap putih bertentangan dengan bahagian lain sayap. Itik betina adalah lebih kecil dan biasanya memiliki bahagian kepala dan atas leher lebih bertompok ("mottled"). Itik muda adalah lebih kelabu dan keperangan.[4]

Itik pemalu ini diketahui hanya mencari makan pada waktu malam. Makanannya terdiri dari biji benih, pokok akuatik, bijiran, padi, siput, ikan kecil, dan serangga.[3] Ia mendiami kawasan bertakung atau mengalir perlahan dan tanah paya buatan, berhampiran atau bersebelahan dengan hutan malar hijau, berdaun lebat atau berpaya, di mana ia bersarang dan mengeram, biasanya pada lubang pokok. Sungguhpun tanah rendah (bawah sekitar 200 m) memberikan hatitat optima, ia biasanya mendiami sehingga 1,400 m, terutama di plateaux yang terdapat sungai perlahan sepanjang tahun dan kolam.[4]